Dashboard Komuniti Bersama JKKK dan Wakil JKKK

Tarikh : 10 April 2018

Masa : 08:00 Pagi - 12:00 Tengah hari

Lokasi : Bilik Latihan PI1M yang terlibat

Peserta : 20 Orang

Tujuan : Tujuan program adalah untuk menambah kemahiran ICT kepada JKKK yang terpilih untuk memastikan maklumat kampung tersimpan rapi dan dapat menjadi rujukan untuk penduduk kampung dan juga luar daripada kampung. JKKK yang tamat latihan dan di rasakan layak untuk meminjam netbook adalah di galakkan bagi memudahkan tugasan mereka berkaiatan pengumpulan data dan maklumat.

 

Aktiviti : Peserta diberi pendedahan tentang kelebihan ICT dan di ajar cara-cara menggunakan email, mencari lokasi kampung mereka di dalam Google Maps dan pelbagai lagi. Para peserta juga digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada hari kejadian.

 

 

Microsoft Paint Sekolah Rendah

Tarikh : 14-15 April 2018

Masa : 02:30 petang - 04:30 petang

Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin

Peserta : 10 Orang

Tujuan : Memberikan latihan asas penggunaan komputer di samping menjadikan genrasi pelajar sekolah rendah kini yang mahir menggunakan perisian komputer

 

Aktiviti : Peserta diajar menggunakan Microsoft Paint 

 

 

Microsoft Word Sekolah Rendah

Tarikh : 21,21,28,29 April 2018

Masa : 02:30 petang - 04:30 petang

Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin

Peserta : 10 Orang

Tujuan : Memberikan latihan asas penggunaan komputer di samping menjadikan genrasi pelajar sekolah rendah kini yang mahir menggunakan perisian komputer

Aktiviti : Peserta diajar menggunakan Microsoft Word

 

 

Ujian UKM1 2018 Permata Pintar

Tarikh : 25-27 April 2018

Masa : 02:30 petang - 04:30 petang

Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin

Peserta : 10 Orang

Tujuan : UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA Pintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej PERMATA Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM), Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

 

Aktiviti : Para peserta akan menjalani ujian dalam talian ini yang disediakan secara percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka laman ini. Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

 

 

KDB Bersama Wakil JKKK Kg Tebakang

 

Tarikh : 9 April 2018

Masa : 10:00 pagi - 11:00 pagi

Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Tebakang

Peserta : 10 Orang

Tujuan : Program Kesedaran tentang penggunaan ICT

Aktiviti : Peserta diberi pendedahan berkaitan penggunaan ICT secara bijak dan pelupusan sisa elektronik secara terkawal.

 

 

KDB Bersama Wakil JKKK Kg Pichin

 

Tarikh : 10 April 2018

Masa : 10:00 pagi - 11:00 pagi

Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin

Peserta : 10 Orang

Tujuan : Program Kesedaran tentang penggunaan ICT

Aktiviti : Peserta diberi pendedahan berkaitan penggunaan ICT secara bijak dan pelupusan sisa elektronik secara terkawal.

 

 

KDB Bersama Wakil JKKK Kg Balai Ringin

 

Tarikh : 11 April 2018

Masa : 10:00 pagi - 11:00 pagi

Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Balai Ringin

Peserta : 10 Orang

Tujuan : Program Kesedaran tentang penggunaan ICT

Aktiviti : Peserta diberi pendedahan berkaitan penggunaan ICT secara bijak dan pelupusan sisa elektronik secara terkawal.