Bermula Dari Sungai BINGARAT
Penduduk Kampung Pichin berasal dari Kampung Mawang Taup. Sejarah kampung ini bermula pada tahun 1850 setelah lapan keluarga berhijrah mencari penempatan baru. Apabila sampai ke Sungai Ngirat, akhirnya penduduk-penduduk terjumpa sebatang anak sungai yang bersih. Mereka menamakan anak sungai itu Sungai Pichin. Di sebelah Utara, hulu Sungai Pichin di kenali sebagai Sienum dan air dari sungai ini mengalir ke Sungai Batang Kayan.
Mereka membuat penempatan di tepi Sungai Pichin kerana mendapati tanah di kawasan itu subur untuk bercucuk tanam selain sumber airnya. Beberapa tahun kemudian, bilangan penduduk kampung semakin bertambah. Lanjutan daripada peristiwa itu, maka wujudlah Kampung Pichin sehingga ke hari ini. Namun, kini Sungai Pichin menjadi semakin kecil dan kelihatan seperti parit saliran air.
Sumber rujukan:komuniti desa:kpg pichin....