KRAFTANGAN BERASASKAN BULUH

Nama

: JOSELINE AK JAGOI

Umur

: 47 tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Pn.Joseline merupakan usahawan yang berasal dari Kampung Pichin. Beliau menjual produk kraftangan yang berasaskan buluh. Contoh produk yang beiau usahakan ialah bakul rotan, gelang tangan rotan bercorak dan tanpa corak, iju (perangkap ikan), toko atau raung (topi bidayuh), sakei (alat tangkap ikan), tabung buluh dan tempat letak surat atau letak air dan banyak lagi. Pn Joseline pernah mengikuti kursus kemahiran asas bimbingan keusahawanan hasil hutan bukan kayu yang dianjurkan oleh Jabatan Hutan Negeri Sarawak. Selain itu beliau merupakan salah seorang usahawan wellbest dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau aktif dalam menyertai pameran keusahawan yang dianjurkan oleh mana-mana jabatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan di NADI, Pn Joseline mempromosikan produk beliau melalui kenalan dan whatsapp sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli NADI, beliau sudah mempunyai FB Page sendiri iaitu Joseline Craft merupakan platform beliau mempromosikan dan memperkenalkan produk terbaru beliau kepada umum. Selain itu beliau juga mengunakan TikTok untuk menyunting video yang lebih menarik terutama video cara pembuatan sesuatu produk yag beliau jual.

 449834022 1789966661811108 1625894838778399811 n

 

347431074 2526837687478697 7359099114840123271 n

 

438129059 1636894513790808 7925490320537743184 n

 

PRODUK : 7AM KOSMETIK

NAMA      : ERRICA ELISHA

UMUR      : 26 TAHUN

AHLI        : 2019

 

Latar belakang

Cik Errica Elisha merupakan seorang kerani pentadbiran dan sumber manusia yang gemar bermakeup. Beliau juga merupakan Master Stokis 7AM Kosmetik. Cik Errica adalah orang yang pertama menjadi pengedar sah bagi produk 7AM Kosmetik di seluruh Borneo. Cik Errica mendapat tunjuk ajar daripada founder 7AM Kosmetik sendiri cara untuk memasarkan produk dalam talian iaitu Facebook, Instagram dan Shopee. Beliau sering berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional untuk mempelajari aplikasi-aplikasi dari petugas NADI yang selalu digunakan untuk mengedit gambar dan video supaya nampak lebih menarik dan kreatif. Beliau menggunakan aplikasi Zoom Meeting dan Telegram Live Voice untuk membuat kelas live coaching bersama anak-anak team beliau.

 

Sebelum penggunaan penglibatan NADI

Skill pemasaran yang kurang menarik dan jumlah follower yang sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Skill bertambah seperti rekaan iklan yang menarik. Jumlah follower yang bertambah dan peningkatan pendapatan dalam produk jualan iaitu sebanyak RM2000 sebulan. Disamping itu, anak-anak team seperti dropshipper, agent, master agent dan stokis dibawah naungannya pun semakin bertambah banyak.

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER

Nama

: Effa Nurfazah

Umur

: 20 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Adik Effa merupakan seorang pelajar lepasan SPM di SMK Serian. Effa sering berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pichin untuk mengisi jawatan kosong di laman web dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Kg Pichin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Effa yang sebelum ini  tidak tahu menggunakan Microsoft Office dgn mahir dan ini telah menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk membuat resume yang harus dikemaskini dari semasa ke semasa. Oleh kerana tidak tahu cara menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke NADI Kg Pichin untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas NADI untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas NADI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

NADI Kg Pichin telah banyak membantu Effa untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta dia telah mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti yang disertai di NADI. Beliau banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap beliau setelah mengikuti beberapa kelas ICT di NADI iaitu beliau kini sudah mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word untuk membuat dan mengemaskini Resume yang ditunjuk ajar oleh petugas NADI.

 

PRODUK MAKANAN

NAMA      : HASIMA HIPNI

UMUR      : 37 TAHUN

AHLI        : 2020

 

Latar belakang

Puan Hasima merupakan seorang jururawat yang gemar membuat kek dan biskut sekiranya beliau mempunyai kelapangan.Puan Hasima mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADI cara untuk memasarkan produk dalam talian iaitu Facebook dan juga whatssapp. Suami beliau merupakan seorang pegawai polis yang rapat dengan Petugas NADI merasakan air tangan biskut beliau begitu sedap dan mencadangkan beliau supaya terus menerus memuat naik gambar di Facebook dan kini beliau telah mempunyai pelanggan tetap yang setia.

 

Sebelum penggunaan penglibatan NADI

Skill pemasaran yang kurang menarik dan jumlah follower yang sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Skill bertambah seperti rekaan iklan yang menarik. Jumlah pengikut yang semakin bertambah dan peningkatan pendapatan dalam produk jualan.

 

USAHAWAN KECIL MENJUAL PERLBAGAI BARANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE.

Nama

: Puan Saptuyah

Umur

: 40 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Saptuyah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah. Disamping bekerja harian, beliau membuat bisnes kecil kecilan untuk menambah pendapatan harian beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum Puan Saptuyah mengenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan computer untuk membuat promosi barang online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pusat Sebarfan Maklumat Nasional Kampung Pichin telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam meningkatkan pendapatan dan memajukan perniagaan menjual kek lapis dan kuih muih walaupun secara kecil-kecilan. Beliau juga mempelajari dan mengikuti beberapa kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI Kampung Pichin bersama dengan agensi luar demi memajukan perniagaannya. Beliau juga berpeluang untuk menggunakan Aplikasi Dashboard oleh petugas NADI Kampung Pichin untuk mempromosikan produknya sebagai kelebihan beliau menjadi ahli NADI.