Berikutan dengan produk tempatan,secara kebiasaannya penduduk warga Kampung Pichin lebih kreatif dalam penghasilan pelbagai jenis produk dimana produk tersebut ialah pada mulanya berasaskan bahan-bahan yang sedia ada dan juga bahan-bahan yang terdapat di hutan.Dengan penghasilan pelbagai jenis produk maka dengan ini,secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan sampingan dimana produk tersebut setelah dihasilkan maka akan dijual kepada pembeli mahupun pemborong.

Sebagai contoh, daripada beg plastik yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti selepas membeli barang keperluan mahupun plastik-plastik yang dibuang akan tetapi masih dalam keadaan elok,maka sesetengah penduduk khususnya kaum wanita akan mengubah plastik-plastik tersebut menjadi satu gubahan bunga yang sangat cantik.

Kedua- Rumpunan buluh yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan kadang-kadang menyebabkan kita berfikir untuk memotong dan membuang buluh tersebut,akan tetapi bagi penduduk Kampung Pichin,buluh juga merupakan salah satu mata pencarian rezeki dimana pada awalnya buluh tersebut akan diproses,diwarnakan dan diukir mengikut kesesuaian dan juga bergantung kepada kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai jenis produk seperti tabung,tempat penyimpanan "handphone",tempat pensil dan juga tambok kecil dimana tambok tersebut digunakan semasa tarian-tarian tradisional dimainkan.

Akan dikemaskini oleh petugas dalam masa terdekat.