Salah satu tarikan pelancong yang datang berkunjung ke Kampung Pichin ialah salah sebuah "HOMESTAY" yang dinamakan "AWAH GAWAI TUN ABDUL RAZAK" dimana homestay tersebut pada majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2008 dan kini berdiri teguh untuk tujuan pelancongan dan juga kebiasaannya akan digunakan untuk majlis keramaian dan pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan penduduk kampung itu sendiri mahupun penduduk yang bukan berasal dari kampung Pichin.