Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
http://kgpichin.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan#sigFreeId589d4ac8ac
Klinik Kesihatan Tebakang merupakan klinik yang berdekatan dengan Kampung Pichin dimana ianya hanya terletak kira-kira 3 Kilometer dari Kampung Pichin. Klinik ini juga disediakan khas untuk komuniti yang berdekatan sebelum merujuk kepada pihak Hospital yang terletak dibandar Serian kira-kira 13 Kilometer dari Kampung Pichin.
Akan dikemaskini oleh petugas dalam masa terdekat.