Dewan Serbaguna

 

 

Kampung Pichin juga tidak ketinggalan di arus permodenan dimana Kampung Pichin mempunyai sebuah Dewan Serbaguna dimana dewan ini boleh digunakan oleh semua komuniti mahupun mereka yang dari luar bandar dan juga bandar untuk disewa atas tujuan pelbagai jenis kegunaan seperti majlis makan malam,pameran dari pelbagai jenis agensi,aktiviti bersukan seperti permainan "badminton" dan juga apa-apa jenis perayaan yang akan diadakan di dewan ini. Dewan ini dibagi nama khas iaitu 'BALU TAYUNG LANGUI' yang membawa maksud - BALU ialah berasal daripada perkataan bidayuh yang membawa maksud BALAI dan Nama "TAYUNG LANGUI" pula membawa maksud nama Ibu kepada DATO' SRI MICHAEL MANYIN (Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak). BALU TAYUNG LANGUI boleh disewa dengan harga RM400 untuk satu majlis. 

 

Telefon Awam

Kebiasaannya bagi setiap kampung memang akan disediakan pelbagai jenis kemudahan awam. Antara salah satunya ialah telefon awam dimana ianya boleh memudahkan komuniti untuk berhubung dengan sanak saudara,rakan-rakan, dan juga ahli keluarga.