E-Pembelajaran
Tarikh : 5,6,12,13,19,20,26 & 27 Mei 2018
Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
Lokasi : Surfing Area
Peserta : 30 Orang (10 orang setiap sesi)
Tujuan : Tujuan diadakan adalah menjadikan pelajar lebih berilmu dan menjadikan proses pembelajaran dalam keadaan yang ceria dan mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar dalam mengulangkaji dan latihan kenderi kepada setiap pelajar.
Aktiviti : Medium pembelajaran dalam talian yang berasaskan Tutoriol, Kuiz dan juga contoh-contoh soalan peperiksaan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Ujian UKM1 2018 1Hari 1Sekolah 1Murid
Tarikh : 16,17,23,24 Mei 2018
Masa : 02:30 petang - 04:30 petang
Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin
Peserta : 10 Orang
Tujuan : UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA Pintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej PERMATA Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM), Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.
Aktiviti : Para peserta akan menjalani ujian dalam talian ini yang disediakan secara percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka laman ini. Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.