LAPORAN AKTIVITI OGOS 2020

TARIKH : 8,9, 14 & 15 OGOS 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI DALAM TALIAN

Masa

: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pichin

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) . Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Aktiviti

Petugas dalam masa yang sama menyelit serta menerangkan tentanginfo yang sahih dan selalu beringat agar jangan kongsi maklumat sekiranya anda tidak pasti.

Program / Aktiviti / Kelas

: LATIHAN KEUSAHAWAN : SHOPEE

Masa

: 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pichin

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Memberi latihan & bimbingan kepada usahawan untuk mempromosikan produk di aplikasi Shopee

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan cara mempromosikan produk secara atas talian iaitu melalui kelas shopee. Selain itu petugas juga turut memberikan penerangan mengenai :

•        Membuat akaun jualan

•        Memuatnaik produk

•        Free Shipping Program

•        Menambah akaun bank untuk seller

TARIKH : 22 & 28 OGOS 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN- BENGKEL POSTER & PERTANDINGAN POSTER ONLINE 2020

Masa

: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pichin

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam pengeditan gambar & imej serta penyediaan poster berkaitan pertandingan Poster Online Anjuran Pusat Internet Kampung Pichin.

Aktiviti

Melalui bengkel poster ini, peserta dari kalangan pelajar sekolah diperkenalkan dengan aplikasi CANVA yang membolehkan peserta mengolah poster dengan lebih cepat & mudah mengikut jenis template & design yang terdapat pada aplikasi ini.