TARIKH : 3, 9, 12 & 25 SEPTEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI : CERAMAH CARA MELINDUNGI DATA PERIBADI DAN PRIVASI ANDA DALAM TALIAN

Masa

: 10.00 am – 12.00pm

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pichin

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) . Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Aktiviti

Pentingnya ceramah ini kepada para peserta kerana pada zaman sekarang terlalu banyak scammer yang menggunakan data kita tanpa kita sedar. Para peserta akan lebih berhati-hati agar data mereka tidak disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

 

TARIKH : 12 & 13 SEPTEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: E-PEMBELAJARAN

Masa

: 9.00 am – 4.00 pm

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pichin

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mengulangkaji semula pembelajaran mereka dengan menonton tutorial video pembelajaran yang ada di YouTube. Pelajar bukan sahaja dapat mengulangkaji pembelajaran bersama rakan malahan para pelaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dengan video yang menarik dan mudah untuk difahami.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan kepada para peserta aktiviti kuiz atas talian yang melibatkan aktiviti pembelajaran bagi subjek yang diajar.

 

TARIKH : 19, 20, 24 & 25 SEPTEMBER 2020

Program / Aktiviti / Kelas

: BENGKEL KEUSAHAWANAN (PROMOSI ATAS TALIAN)

Masa

: 9.00 pagi –4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan Pi Kampung Pichin

Peserta

: 8 orang

Tujuan

Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara merancang strategi perniagaan secara online. Selain itu, membantu golongan suri rumah dan pelajar lepasan sekolah dan universiti meningkatkan lagi peluang perniagaan dalam talian yang seharusnya tidak dilepaskan oleh setiap orang pada masa kini.

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan cara mempromosikan produk secara atas talian iaitu melalui kelas shopee, iklan facebook. Selain itu petugas juga turut memberikan penerangan mengenai :

•        Membuat akaun jualan

•        Memuatnaik produk

•        Menambah akaun bank untuk seller