TARIKH: 5, 14, 17, 18 & 19 Februari 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: BENGKEL E-PEMBELAJARAN |
Masa |
: 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pichin |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Memperkenalkan aktiviti pembelajaran iaitu kuiz permainan pendidikan secara online kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan kuiz berbentuk permainan pendidikan kepada para peserta iaitu ‘Kuiz pengenalan abjad’. Setelah memberikan demontrasi dan cara menjawab kuiz, para peserta diberikan latihan untuk menjawab kuiz tersebut tanpa bantuan petugas mengikut masa yang telah ditetapkan.
TARIKH: 24, 25 & 26 Februari 2021
Program / Aktiviti / Kelas |
: CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI |
Masa |
: 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: PIK Kampung Pichin |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Kempen kesedaran berkaitan penggunaan Internet secara berkhemah dan menyemak dahulu fakta sebelum menyebar berita tersebut.
Aktiviti
Melalui ceramah ini, para peserta diberi penerangan tentang gejala fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini khususnya di aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Telegram diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah. Selain itu, para peserta turut diberikan penerangan bagaimana fitnah tersebar iaitu melalui penulisan seperti melalui kata-kata secara lisan dan melalui penulisan di SMS, laman sesawang, media sosial dan lain-lain lagi. Disamping itu, pertugas juga turut mengadakan kuiz ‘’KLIK DENGAN BIJAK’ secara online iaitu kuiz berkenaan program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.