Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI KDB (PENIPUAN DALAM TALIAN)

Masa

: 10.00 am – 12.00 pm

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin

Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

Penting untuk sektor awam, swasta, NGO dan masyarakat untuk bekerjasama dalam memerangi sebarang bentuk jenayah Scam dengan meningkatkan kesedaran, mendorong pemikiran kritikal dan mendaya-upaya orang ramai untuk bertindak cepat serta mengambil tindakan melalui pemesejan, advokasi dan maklumat yang mudah difahami, panduan dan sistem sokongan yang padu. 

 

Aktiviti

Isu scammer atau penipuan siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelangan ini. Masyarakat harus tahu jenis penipuan dalam talian sebagai contoh Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun.

 

 

TARIKH : 9 Februari 2022

Program / Aktiviti / Kelas

: ADVOKASI KDB (MEMBENDUNG BERITA PALSU)

Masa

: 10.00 am – 12.00 pm

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin

Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Memupuk diri kita untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab, proaktif dan bertatasusila selaras dengan aspirasi negara.

 

Aktiviti

Mempelajari contoh-contoh membendung berita palsu seperti jangan mudah terpedaya dengan e-mail, mesej dan maklumat yang diterima, memastikan e-mail, mesej dan maklumat yang diperoleh adalah dari sumber yang sahih. Selain itu, siasat latar belakang pengirim maklumat atau penyebar maklumat itu terlebih dahulu dan sentiasa beringat bahawa tidak semestinya maklumat yang disebarkan di laman sosial dan internet itu betul.