TARIKH : 10 & 11 Februari 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (JENAYAH TIPU PELABURAN) |
Masa |
: 2.30 pm – 4.30 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Masyarakat dinasihatkann agar tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan melalui media sosial yang kononnya menjanjikan pelaburan mudah, tiada risiko kerugian dan mengaut keuntungan hanya dalam tempoh waktu singkat. Sebaiknya, semak terlebih dahulu sama ada pelaburan tersebut berdaftar atau tidak dengan Bank Negara Malaysia.
Aktiviti
Masyarakat mengetahui modus operandi tipu pelaburan. Contohnya:
1) Mangsa melihat iklan pelaburan di media sosial atau ditawarkan melaui whatsapp.
2) Suspek menghubungi mangsa dan ditawarkan pelaburan yang mudah, untung besar dan tidak akan rugi.
3) Mangsa membuat transaksi ke akaun bank seperti yang diarahkan suspek.
4) Mangsa kemudian gagal menghubungi suspek.
TARIKH : 15 & 17 MAC 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (PANTAU AKTIVITI ANAK DI MEDIA SOSIAL) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Golongan ibu bapa atau penjaga haruslah memastikan anak mereka memahami bahawa jangan sesekali memberikan nama, nombor telefon, alamat emel, kata laluan, alamat, nama sekolah, atau gambar tanpa kebenaran. Selain itu juga jangan sesekali membalas mesej yang berbahaya dan jauhi sikap daari membuka e-mel atau lampiran daripada individu yang tidak dikenali serta berkomunikasi dengan mereka. Selaku ibu bapa atau penjaga, sentiasa mengamalkan komunikasi bersama anak-anak. Biar kanak-kanak tahu untuk melaporkan apa yang dirasakan tidak betul.
Aktiviti
Ibu bapa mempelajari tips untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.
Contoh tips: 1) Tetapkan masa penggunaan
2) Pantau penggunaan
3) Jangan manjakan anak anda dengan gajet
4) Elakkan gajet ketika ada ramai orang
5) Tunjukkan contoh teladan yang baik
TARIKH : 22 MAC 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (ELAKKAN DIRI DARI MENJADI MANGSA SINDIKET) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Untuk mengatasi penipuan dalam talian yang semakin menjadi isu biasa di kalangan rakyat Malaysia. Bilangan rakyat malaysia yang ditipu semakin meningkat dalam beberapa tahun yang lepas, akan tetapi kesedaran tentang isu ini semakin rendah. Aktiviti ini juga bertujuan menggesa rakyat agar lebih berwaspada apabila menerima panggilan yang mencurigakan dan sentiasa peka mengenai teknik penipuan yang digunakan sindiket scam.
Aktiviti
Mengenalpasti jenis penipuan:
1) Pinjaman dengan bayaran pendahuluan
2) Memancing data (phishing)
Tanda amaran penipuan pinjaman:
1) Pemberi pinjaman yang tidak mengambil kira sejarah kredit anda
2) Bayaran pendahuluan
3) Digesa untuk bertindak segera
4) Meminta maklumat peribadi