TARIKH : 5 JULAI 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: PERANAN IBU BAPA DI ERA DIGITAL |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberikan didikan kepada mereka khususnya tentang penggunaan internet. Seperti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ibu dan bapa juga perlu menerangkan segala butiran mengenai internet sehingga mereka faham dan bijak dalam menggunakannya. Misalnya mengetahui laman web yang berunsurkan penipuan dan berisiko untuk dilayari serta kebaikan dan keburukan melayari media sosial hari ini.
Aktiviti
Peserta diminta untuk menonton video tentang risiko unutk menjadi mangsa pengantunan dalam talian. Kemudian petugas akan memberi penerangan lebih lanjut kepada peserta.
TARIKH : 19 JULAI 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: PENIPUAN DALAM TALIAN (INTERNET: SELAMAT ATAU TIDAK) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Memperkenalkan kepada komuniti tentang contoh-contoh penipuan dalam talian seperti Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengelakkan diri kita dari daripada menjadi mangsa penipuan internet:
- Semak dan siasat kesahihan terlebih dahulu
- Mendapat khidmat nasihat daripada orang yang berkelayakan
- Sentiasa bersikap waspada dan berhati-hati
- Tidak panik dan bertindak pantas sekiranya menjadi mangsa
Aktiviti
1. Tontonan video contoh penipuan dalam talian.
2. Sesi soal jawab.