USAHAWAN KECIL MENJUAL PERLBAGAI BARANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE.

Nama

: Brenda anak Kimpa

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Brenda merupakan seorang lepasan sijil yang bekerja sendiri. Beliau menyediakan servis kad Jemputan Bajet.untuk menjana pendapatan harian. Beliau mula menjalankan servis penyediaan kad Jemputan Bajet ini beberapa Bulan yang lepas setelah mendapat cadangan serta mengikuti latihan komputer daripada Pengurus NADI Kg Pichin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional

Brenda kerap datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Pichin untuk mencari peluang pekerjaan dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional

Setelah hampir buntu untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan nya. Beliau telah bertukar dengan menjadikan kemahiran ICT yang dipelajari daripada Pengurus NADI Kg Pichin kepada kerjaya separuh masa dengan menerima tempahan dengan membuat pelbagai jenis kad jemputan seperti kad kahwin, majlis hari jadi dan kenduri arwah dengan harga mampu milik. Kini beliau mampu menjana pendapatan sampingan dengan menyediakan pakej kad jemputan yang murah tetapi menarik.