BELAJAR INTERNET, MENAIP, & PERISIAN KOMPUTER
Nama |
: Ashley Nielricson ak Nelson |
Umur |
: 11 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Merupakan pelajar sekolah menengah kebangsaan Tebakang, Serian , Sarawak. Berusia 16 tahun ketika kisah kejayaan ini ditulis. Beliau merupakan seorang pengguna Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang setia. Beliau akan mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional setiap kali beliau berkelapangan dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Pichin. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah turut disumbangkan hasil beliau mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Pichin. Kelas seperti astro tv tutor, kelas ICT dan juga dulu telah menjadikan beliau semakin mencintai dunia pendidikan dan mendorong kejayaanya dalam peperiksaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Sebelum berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Pichin, pengetahuan Ashley dalam bidang ICT amat cetek. Ashley yang sebelum ini tidak mahir dalam menggunakan komputer dan ini telah menyebabkan Ashley mengalami kesukaran untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya melibatkan pencarian bahan akademik melalui internet. Ashley juga selalu bergantung dengan pertolongan orang lain untuk mencari bahan akademik melalui internet. Ashley juga kelihatan malu dan teragak-agak apabila menggunakan komputer pada mulanya. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, tahap keyakinan beliau kurang kerana rakan-rakannya yang lain sudah mahir dalam menggunakan komputer dan sering dibuli oleh rakan sekolah kerana tidak mahir menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pichin untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Ashley banyak mendapat pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer.Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Ashley setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional iaitu Ashley kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran.