PRODUK : 7AM KOSMETIK
NAMA : ERRICA ELISHA UMUR : 26 TAHUN AHLI : 2019 |
Latar belakang
Cik Errica Elisha merupakan seorang kerani pentadbiran dan sumber manusia yang gemar bermakeup. Beliau juga merupakan Master Stokis 7AM Kosmetik. Cik Errica adalah orang yang pertama menjadi pengedar sah bagi produk 7AM Kosmetik di seluruh Borneo. Cik Errica mendapat tunjuk ajar daripada founder 7AM Kosmetik sendiri cara untuk memasarkan produk dalam talian iaitu Facebook, Instagram dan Shopee. Beliau sering berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional untuk mempelajari aplikasi-aplikasi dari petugas NADI yang selalu digunakan untuk mengedit gambar dan video supaya nampak lebih menarik dan kreatif. Beliau menggunakan aplikasi Zoom Meeting dan Telegram Live Voice untuk membuat kelas live coaching bersama anak-anak team beliau.
Sebelum penggunaan penglibatan NADI
Skill pemasaran yang kurang menarik dan jumlah follower yang sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Skill bertambah seperti rekaan iklan yang menarik. Jumlah follower yang bertambah dan peningkatan pendapatan dalam produk jualan iaitu sebanyak RM2000 sebulan. Disamping itu, anak-anak team seperti dropshipper, agent, master agent dan stokis dibawah naungannya pun semakin bertambah banyak.