Kelas PKK KEMAS Kampung Pichin ditubuhkan pada tahun 1981 dan pada masa itu ianya lebih dikenali sebagai Kelas Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan mempunyai 30 orang ahli yang berdaftar. Pada masa itu, kelas masih belum dibekalkan dengan peralatan memasak, akan tetapi mereka meminjam daripada peserta yang mempunyai peralatan yang lengkap. Mereka akan mengadakan pelbagai jenis aktiviti di balai raya walaupun pada masa tersebut balai raya belum dibekalkan dengan peralatan seperti kerusi meja dan sebagainya. Pada tahun 1997, kelas ERT telah ditukar nama kepada kelas PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK) dan menumpang bangunan Tadika sebagai Kelas mereka sehingga sekarang. Sehingga ke hari ini, kebanyakan barang-barang,peralatan dapur dan kain batik adalah sumbangan daripada YB Dato' Sri Richard Riot Ak Jaem (Menteri sumber manusia) manakala isteri beliau, Yang Berbahagia Datin Sri Betty Mincha dilantik menjadi penaung kelas PKK KEMAS Kampung Pichin sehingga sekarang.