Untuk penduduk Kampung Pichin, Makanan yang menjadi tumpuan ataupun makanan yang wajib dihidangkan semasa majlis keramaian adalah seperti
1. Ulat sagu(kebiasaannya didapati didalam pohon kelapa ataupun kelapa sawit yang sudah ditebang dan ditinggalkan akan menjadi tempat pembiakan ulat sagu. Ulat sagu kebiasaannya dibakar sebelum dimakan..
2.Nasi ayam(berlainan dengan nasi ayam yang dijual di gerai-gerai dan warung-warung mahupun restoran dimana penduduk Kampung Pichin akan membakar nasi beserta ayam didalam buluh sehingga masak.
3."AYAM PANSUH"(keunikan nama tersebut ialah menerangkan dimana ayam akan dimasak beserta dengan daun ubi dan digaul bersama.cara penyediaan dan cara memasak memang boleh dikatakan secara tradisional kerana ayam pansuh akan dimasukkan kedalam buluh dan dibakar dengan api yang sederhana untuk mendapatkan keenakkan dan kelazatan yang diiginkan.