TARIKH : 4, 7, 8, 11, 14 & 18 APRIL 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: KELAS KEUSAHAWANAN (RANCANGAN PERNIAGAAN) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Memudahkan usahawan tempatan untuk mendapatkan modal tambahan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka di masa akan datang.
Aktiviti
Membantu usahawan tempatan untuk memohon geran perniagaan dan juga memohon pinjaman kewangan daripada institusi perbankan.
TARIKH : 5 APRIL 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: PEMASARAN PRODUK DALAM TALIAN (FACEBOOK PAGE) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Membantu memasarkan produk dan juga perkhidmatan usahawan melangkaui sempadan.
Aktiviti
Mengajar usahawan tempatan menggunakan Facebook Page sebagai medium pemasaran yang efektif dan juga efisien.
TARIKH : 10 & 11 Februari 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (JENAYAH TIPU PELABURAN) |
Masa |
: 2.30 pm – 4.30 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Masyarakat dinasihatkann agar tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan melalui media sosial yang kononnya menjanjikan pelaburan mudah, tiada risiko kerugian dan mengaut keuntungan hanya dalam tempoh waktu singkat. Sebaiknya, semak terlebih dahulu sama ada pelaburan tersebut berdaftar atau tidak dengan Bank Negara Malaysia.
Aktiviti
Masyarakat mengetahui modus operandi tipu pelaburan. Contohnya:
1) Mangsa melihat iklan pelaburan di media sosial atau ditawarkan melaui whatsapp.
2) Suspek menghubungi mangsa dan ditawarkan pelaburan yang mudah, untung besar dan tidak akan rugi.
3) Mangsa membuat transaksi ke akaun bank seperti yang diarahkan suspek.
4) Mangsa kemudian gagal menghubungi suspek.
TARIKH : 15 & 17 MAC 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (PANTAU AKTIVITI ANAK DI MEDIA SOSIAL) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Golongan ibu bapa atau penjaga haruslah memastikan anak mereka memahami bahawa jangan sesekali memberikan nama, nombor telefon, alamat emel, kata laluan, alamat, nama sekolah, atau gambar tanpa kebenaran. Selain itu juga jangan sesekali membalas mesej yang berbahaya dan jauhi sikap daari membuka e-mel atau lampiran daripada individu yang tidak dikenali serta berkomunikasi dengan mereka. Selaku ibu bapa atau penjaga, sentiasa mengamalkan komunikasi bersama anak-anak. Biar kanak-kanak tahu untuk melaporkan apa yang dirasakan tidak betul.
Aktiviti
Ibu bapa mempelajari tips untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.
Contoh tips: 1) Tetapkan masa penggunaan
2) Pantau penggunaan
3) Jangan manjakan anak anda dengan gajet
4) Elakkan gajet ketika ada ramai orang
5) Tunjukkan contoh teladan yang baik
TARIKH : 22 MAC 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (ELAKKAN DIRI DARI MENJADI MANGSA SINDIKET) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Untuk mengatasi penipuan dalam talian yang semakin menjadi isu biasa di kalangan rakyat Malaysia. Bilangan rakyat malaysia yang ditipu semakin meningkat dalam beberapa tahun yang lepas, akan tetapi kesedaran tentang isu ini semakin rendah. Aktiviti ini juga bertujuan menggesa rakyat agar lebih berwaspada apabila menerima panggilan yang mencurigakan dan sentiasa peka mengenai teknik penipuan yang digunakan sindiket scam.
Aktiviti
Mengenalpasti jenis penipuan:
1) Pinjaman dengan bayaran pendahuluan
2) Memancing data (phishing)
Tanda amaran penipuan pinjaman:
1) Pemberi pinjaman yang tidak mengambil kira sejarah kredit anda
2) Bayaran pendahuluan
3) Digesa untuk bertindak segera
4) Meminta maklumat peribadi
TARIKH : 7 FEBRUARI 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: APLIKASI MY SEJAHTERA |
Masa |
: 9.00 am – 10.00 am |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Memastikan aplikasi My Sejahtera sentiasa dalam keadaan updated.
Aktiviti
- Mengajar pengguna kemaskini aplikasi melalui playstore.
- Mengajar pengguna menambah tanggungan ke dalam profil My Sejahtera beliau.
TARIKH : 10 & 11 FEBRUARI 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: KELAS ICT (Pengenalan Kepada Internet) |
Masa |
: 2.30 pm – 4.30 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Memastikan pelajar mendapat sumber yang sah di internet.
Aktiviti
- Memberi tunjuk ajar kepada pelajar mencari nota, soalan ramalan dan soalan tahun lepas menggunakan search engine dengan betul.
TARIKH : 25 FEBRUARI 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: PENYAMPAIAN CENDERAHATI UNTUK USAHAWAN BARU |
Masa |
: 9.00 am – 11.00 am |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Membantu usahawan desa mempromosikan produk mereka di atas talian seperti Shopee, Lazada, Instagram dan Facebook.
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar cara membuat Fb page dan Fb ads.
TARIKH : 5 MAC 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: MICROSOFT OFFICE (RESUME) |
Masa |
: 10.00 am – 11.00 am |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Melahirkan pengguna yang mahir membuat resume yang simple dan menarik tapi padat dengan info.
Aktiviti
- Mengajar pengguna menggunakan tools yang ada didalam microsoft words.
TARIKH : 8 MAC 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: APLIKASI MY SEJAHTERA |
Masa |
: 2.30 pm – 4.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Memastikan aplikasi My Sejahtera sentiasa dalam keadaan updated.
Aktiviti
- Mengajar pengguna install MySejahtera ke dalam smartphone.
- Mengajar pengguna menambah tanggungan ke dalam profil MySejahtera beliau.
TARIKH : 8 Februari 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (PENIPUAN DALAM TALIAN) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Penting untuk sektor awam, swasta, NGO dan masyarakat untuk bekerjasama dalam memerangi sebarang bentuk jenayah Scam dengan meningkatkan kesedaran, mendorong pemikiran kritikal dan mendaya-upaya orang ramai untuk bertindak cepat serta mengambil tindakan melalui pemesejan, advokasi dan maklumat yang mudah difahami, panduan dan sistem sokongan yang padu.
Aktiviti
Isu scammer atau penipuan siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelangan ini. Masyarakat harus tahu jenis penipuan dalam talian sebagai contoh Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun.
TARIKH : 9 Februari 2022
Program / Aktiviti / Kelas |
: ADVOKASI KDB (MEMBENDUNG BERITA PALSU) |
Masa |
: 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) KG Pichin |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Memupuk diri kita untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab, proaktif dan bertatasusila selaras dengan aspirasi negara.
Aktiviti
Mempelajari contoh-contoh membendung berita palsu seperti jangan mudah terpedaya dengan e-mail, mesej dan maklumat yang diterima, memastikan e-mail, mesej dan maklumat yang diperoleh adalah dari sumber yang sahih. Selain itu, siasat latar belakang pengirim maklumat atau penyebar maklumat itu terlebih dahulu dan sentiasa beringat bahawa tidak semestinya maklumat yang disebarkan di laman sosial dan internet itu betul.